Untuk hari ini, saya hendak membawa anda semua mencuba masakan yang amat popular di Melaka. Di Melaka, terdapat banyak tempat-tempat makan yang menyediakan masakan Asam Pedas. Jika anda bijak memilih tempat makan, anda pasti akan datang mencubanya lagi. Bercerita tentang asam pedas, disini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana anda boleh menyediakan masakan asam pedas ini sendiri di rumah.
Asam Pedas Ikan Pari
Bahan-bahannya :-
- Ikan pari
- 1 mangkuk kecil air asam jawa
- Garam dan gula
- 2 tangkai daun kesum
- Bendi
- 1 batang serai yang diketuk
- 3 helai daun limau purut
Bahan yang dikisar
- 1 ulas bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 10 tangkai cili kering ( direndam dengan air panas )
- sedikit halia, lengkuas dan juga belacan
Cara memasak
1 - Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
2 - Masukkan air asam jawa ke dalam tumisan tersebut dan kacau. Masukkan ikan selepas kuah mendidih.
3 - Masukkan sekali daun limau purut, daun kesum, bendi dan juga serai yang sudah diketuk tadi. masukkan gula dan garam secukup rasa.
4 - Selesai. Hidangan asam pedas ikan pari anda sedia dihidang.
Anda juga boleh menggantikan ikan pari dengan ikan tenggiri, telur ikan, ikan parang dan juga ikan kembung. Selamat mencuba.
0 ulasan :
Post a Comment