Ayam Masak Merah merupakan antara menu masakan yang mendapat sambutan dalam setiap acara atau majlis-majlis tertentu kerana cara penyediaannya yang mudah dan senang untuk disediakan. Untuk hari ini saya ingin berkongsi dengan anda cara-cara penyedian bagi resepi Ayam Masak Merah.
Ayam Masak Merah
Bahan-bahannya :-
- 1 ekor Ayam ( dipotong 8/10)
- 1 cawan Air Asam Jawa
- 2 sudu besar Sos Tomato
- 2 sudu besar Sos Cili
- 1 ½ sudu besar Gula
- Garam, lada sulah, lada hitam secukup rasa
- ½ bungkus/1 tin Kacang Pis
- ½ cawan Kismis
Bahan yang dikisar
- 3 ulas bawang putih
- 1 ½ inci halia
- 15 tangkai cili merah segar
- 2 sudu besar serbuk cili
- 1 inci belacan
Bahan-bahan perapan
- 1 sudu teh Serbuk Kunyit
- Secukup rasa Garam
- 1 sudu teh Serbuk Ketumbar
Bahan-bahan campuran rempah
- 1 sudu teh Lada Sulah/Lada Hijau
- 2 sudu besar Serbuk Ketumbar
- 2 sudu besar Serbuk Jintan Putih
Cara memasak
1 - Perapkan ayam bersama ketiga-tiga bahan perapan (kunyit/garam/serbuk ketumbar). Biarkan selama 5-10 minit.
2 - Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ kadar masakan. Angkat dan asingkan.
3 - Asingkan minyak berlebihan dan tanggalkan sebanyak ¼ cawan minyak di dalam kuali untuk menumis. Apabila api panas, masukkan bahan kisar sehingga wanggi dan naik bau.
4 - Kemudian, masuk pula bahan campuran rempah hingga masak dan wangi. Masuk semula ayam yang telah digoreng bersama dengan air asam jawa.
5 - Setelah hampir masak, masukkan kacang pis, kismis dan sos cili dan sos tomato.
6 - Akhir sekali, tambahkan perisa gula, garam, lada sulah atau lada hitam mengikut citarasa.
Kini anda juga boleh mencuba menyediakan hidangan ini sendiri. Dengan cara penyedian yang mudah dan ringkas, sesiapa sahaja mampu menyediakannya sendiri. Selamat mencuba.
0 ulasan :
Post a Comment