Enjoy cooking
Browse through over
650,000 tasty recipes.

Sayur Lodeh Kering

Sayur Lodeh merupakan antara hidangan yang amat mudah disediakan kerana bahan-bahan yang digunakan untuk resipi ini mudah didapati. Sayut Lodeh amat sesuai dihidangkan pada setiap masa tidak kira pagi atau malam. Disini saya nak berkongsi dengan anda semua bagaimana untuk menyediakan resipi ini.


Sayur Lodeh Kering


Bahan-bahannya :-

- Lengkuas - ½ biji (dipotong )
- Kubis - 1 biji (dipotong halus)
- Lobak merah - 1 biji (dipotong julien)
- Kacang Panjang - 5 batang (dipotong panjang)

Bahan-bahan tumisan dan perencah :-

- 1 biji bawang merah yang dihiris
- 5 ulas bawang putih yang dikisar/dihiris
- Garam secukup rasa
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 3 sudu besar minyak masak
- Sedikit air

Cara memasak 

1 - Masukkan minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih untuk ditumiskan sehingga naik bau.
2- Masukkan serbuk kunyit dan lobak merah. Apabila lobak sudah lembut, masukkan lengkuas dan kacang panjang.
3 - Apabila sayur sudah setengah masak, masukkan kubis dan sedikit air.
4 - Masukkan garam secukup rasa dan sedia untuk dihidang.

Sayur Lodeh Kering ini amat mudah disediakan kerana ianya hanya menggunakan bahan-bahan asas dalam masakan. Selamat mencuba.

SHARE

About Admin

0 ulasan :

Post a Comment